Assalamualaikum. Logo syarikat HiZS telah direka oleh seorang anak muda yg berasal dari Pontian Johor. Sangat mudah berurusan dengan beliau dan beliau telah menghasilkan beberapa rekaan yg saya anggap sesuai untuk perniagaan saya. Beliau adalah En Hazrul Hairi seorang designer grafik yang agak berpengalaman, baik budi bahasa dan comitted pada pekerjaannya. Boleh hubungi beliau sendiri di no 013-2337994.
Cili Giling HIZS
100% without preservatives
Logo HiZS
Sedut Elmu bersama Irfan Khairi dalam Seminar Transformasi Pemasaran Agromakanan FAMA
![]() |
| My Idol, Jutawan Internet #1 Malaysia Mr Irfan Khairi |
Assalamualaikum, setelah sekian lama tak update blog. Saya terpanggil untuk kembali mengemaskini blog saya kerana elmu yg kami dapat dari seminar pagi tadi bersama Idola saya Mr Irfan Khairi. Saya byk mengikuti motivasi beliau hanya dari facebook (mentions dan graphic quotes). Happy saya dapat bergambar dengan Tuan Irfan yg sangat sporting dan maintain muda jer.
Perkara yg bermanfaat yg dikongsikan oleh Tuan Irfan ialah bagaimana hendak "branding" dan memasarkan produk melalui industri yg kami ceburi iaitu Industri Asas Tani (IAT). Beliau byk menyentuh tentang branding yg meliputi perkara seperti pemilihan nama pada produk, impak branding pada situasi/pembungkusan, perbezaan kesilapan yg banyak dilakukan oleh usahawan kita dalam mengetengahkan pembungkusan kita. Tuan Irfan juga menyentuh tentang kos permulaan bagi usahawan yg baru-baru berjinak untuk melakukan aktiviti pemasaran. Oh saya salut Tuan Irfan kerana menerangkan kami dengan cara yg santai dan mudah difahami.
Tentang strategi pemasaran pula, Tuan Irfan menyarankan kami menggunakan Agen Carian (Google, Yahoo atau Bing). Beliau juga menekankan betapa pentingnya menggunakan keywords dan Ranking pada carian Google, kekerapan blog atau website yg perlu di update, nisbah sharing dan jualan yg dilakukan di page Facebook. Bukan setakat itu sahaja, Tuan Irfan mengajar kita bagaimana nak survey bisnes market demand melalui carian google dan bagaimana pentingnya/kegunaan Facebook Ads dan juga Google ads.
Sesi Temubual dengan Pelajar Tingkatan 3, Subjek: Sejarah
Cuti sekolah seminggu, kami masih di Gambang. Terima message dlm FB dr isteri sepupu suami, anaknya Danish nak buat projek subjek sejarah mengenai perniagaan tradisional. Lepas tu hari yg sama terima panggilan dr dua org pelajar yg berlainan sekolah juga perlu info yg sama. Jadi, hari khamis berikutnya, jadilah pertemuan saya dan 10 pelajar Sekolah Agama Hishamuddin Kg Jawa, Klang. Meriah rasanya sepanjang pertemuan kami.. Hehehehe. Saya cuba sedaya upaya memberi maklumat yang sebaiknya untuk mereka siapkan kertas kerja secara berkumpulan. Semoga mereka mendapat markah tertinggi. Semoga berjaya adik-adik semua..
Mesin Santan Moden
Kami pun suka nak ikut jejak langkah Santan Padang:

Santan Padang langsung tidak menggunakan bahan pengawet, tetapi ianya disterilkan. Santan ini mempunyai jangka hayat hingga ke 2 tahun lamanya.
Capsaicin ???
Maklumat penuh tentang Capsaicin? Sila klik di sini http://animhosnan.blogspot.com/2010/05/capsaicin-yang-pedas.html
Tq to our scientist!
Tq to our scientist!
Ayam Masak Lemak Cili Padi dgn Kerisik
Bahan Utama:-
Cara Memasak:-
- 1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
- 1 1/2 cawan Santan Pekat HIZS
- 2 cawan santan cair
- 3 sudu besar Kerisik Asli HIZS
- 1 keping asam gelugor
- sedikit serbuk kunyit (jika perlu)
- 2 - 3 batang serai - diketuk
- 2 helai daun kunyit - dibelah/disimpul
- garam secukup rasa
- 12 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)
- 1 inci kunyit hidup
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas kecil bawang putih
- 1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
- 1 1/2 cawan Santan Pekat HIZS
- 2 cawan Santan Segar HIZS yg telah dicairkan
- 3 sudu besar Kerisik Asli HIZS
- 1 keping asam gelugor
- sedikit serbuk kunyit (jika perlu)
- 2 - 3 batang serai - diketuk
- 2 helai daun kunyit - dibelah/disimpul
- garam secukup rasa
Cara Memasak:-
- Masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit (jika kuah nampak pucat) dan Santan Segar HIZS yg telah dicairkan ke dalam periuk. Didihkan sebentar.
- Masukkan ayam dan serai dan diikuti dengan asam gelugor dan daun kunyit, masak hingga ayam masak dan kuah sedikit surut. (*santan cair jgn banyak sangat sebab air ayam akan keluar masa memasak)
- Masukkan garam secukup rasa dan Santan Pekat HIZS diikuti dengan Kerisik Asli HIZS. Kacau dan masak ayam hingga kuah nampak sedikit pekat. Seimbangkan rasa dan tutup api sambil dikacau-kacau sekejap agar kuah tidak berkepala. Sedia untuk dihidang.
Manfaat Santan untuk Kecantikan
Harini, saya ada terbaca di salah sebuah blog yang lain. Ianya tentang manfaat Santan dari sudut kecantikan. Walaupun cara untuk mengamalkannya agak konservatif (mengikut pandangan saya la..hehe), tapi ianya amat membantu. Mudah dan anda pasti gembira dengan hasilnya, cubalah!
1. Rambut
2. Scrub
3. Krim
Kelapa tidak hanya digunakan untuk memasak.
Ianya juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan bahan untuk kecantikan. Ianya boleh digunakan sebagai bahan campuran minyak urut. Santan adalah cairan yang telah dihasilkan dari kelapa yang mempunyai banyak khasiat. Ianya telah boleh digunakan untuk tujuan kecantikan, antaranya untuk bahagian tubuh badan seperti;
Santan
merupakan kondisioner yang efektif untuk rambut kerana mengandungi
minyak dan nutrisi lain yang boleh menguatkan akar rambut. Santan
kelapa merangsang pertumbuhan rambut dan melambatkan pertumbuhan uban. Rambut
akan menjadi lebih kuat sehingga tidak mudah pecah ketika menggunakan pengering rambut
atau saatnya dikeritingkan. Kelembaban alami yang disediakan oleh santan juga
dapat membantu membasmi kelemumur. Ramas santan kelapa ke kulit
kepala, biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan syampu rambut. Sekiranya santan dicampur dengan minyak kelapa, santan boleh bertindak sebagai
kondisioner yang membuat rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Scrub
Santan boleh digunakan bersama dengan produk lain untuk membuat scrub/mangir wajah atau tubuh. Scrub
dari santan kelapa efektif membersihkan pori-pori dan membantu
pengelupasan kulit mati, membuat kulit lembut dan sihat. Tambahkan santan lagi sehingga campuran mencapai konsistensi yang diinginkan. Sapukan pada kulit untuk mendapatkan kesan pengelupasan yang baik dan murah yang dapat digunakan di seluruh tubuh.
Santan
kelapa boleh digunakan untuk menjadi krim yang dapat menambah kelembaban kulit dan
membantu mencegah pengeringan dan meringankan gatal-gatal. Campur santan dengan serbuk cendana, dan sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 sampai 20 minit sebelum dibilas. Atau,
santan boleh terus digosokkan ke kulit tanpa menambahkan bahan
lain. Ianya boleh disapu kebahagian kulit tanpa perlu dibilas.
4. Air Mandi
Santan juga dapat ditambahkan ke dalam air mandi untuk melembabkan kulit ke seluruh tubuh. Tambahkan 1/2 cawan santan ke tub mandi untuk membuat kulit menjadi lembut dan kenyal. Tambahkan
lagi 1/2 cawan air mawar untuk menambah aroma air mandian. Kulit yang kering mudah dijangkiti bakteria. Oleh itu, kesan penggunaan santan terhadap kulit dan bahagian anggota tubuh yang lain dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit supaya lebih cantik, lembut dan sihat.
Selamat mencuba!!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)
Translate
Labels
- Cili Giling Asli HIZS (8)
- Santan Segar HIZS (4)
- Resipi (3)
- Promosi (2)
- Cili Giling HIZS (1)
- Info Tentang Cili (1)
- Info Tentang Santan (1)
- Kecantikan (1)
- Lawatan (1)




.gif)