Cili Giling HIZS: Sedut Elmu bersama Irfan Khairi dalam Seminar Transformasi Pemasaran Agromakanan FAMA

Sedut Elmu bersama Irfan Khairi dalam Seminar Transformasi Pemasaran Agromakanan FAMA

My Idol, Jutawan Internet #1 Malaysia Mr Irfan Khairi
Assalamualaikum, setelah sekian lama tak update blog. Saya terpanggil untuk kembali mengemaskini blog saya kerana elmu yg kami dapat dari seminar pagi tadi bersama Idola saya Mr Irfan Khairi. Saya byk mengikuti motivasi beliau hanya dari facebook (mentions dan graphic quotes). Happy saya dapat bergambar dengan Tuan Irfan yg sangat sporting dan maintain muda jer. 

Perkara yg bermanfaat yg dikongsikan oleh Tuan Irfan ialah bagaimana hendak "branding" dan memasarkan produk melalui industri yg kami ceburi iaitu Industri Asas Tani (IAT). Beliau byk menyentuh tentang branding yg meliputi perkara seperti pemilihan nama pada produk, impak branding pada situasi/pembungkusan, perbezaan kesilapan yg banyak dilakukan oleh usahawan kita dalam mengetengahkan pembungkusan kita. Tuan Irfan juga menyentuh tentang kos permulaan bagi  usahawan yg baru-baru berjinak untuk melakukan aktiviti pemasaran. Oh saya salut Tuan Irfan kerana menerangkan kami dengan cara yg santai dan mudah difahami.

Tentang strategi pemasaran pula, Tuan Irfan menyarankan kami menggunakan Agen Carian (Google, Yahoo atau Bing). Beliau juga menekankan betapa pentingnya menggunakan keywords dan Ranking pada carian Google,  kekerapan blog atau website yg perlu di update, nisbah sharing dan jualan yg dilakukan di page Facebook. Bukan setakat itu sahaja, Tuan Irfan mengajar kita bagaimana nak survey bisnes market demand melalui carian google dan bagaimana pentingnya/kegunaan Facebook Ads dan juga Google ads. 


No comments:

Post a Comment

Translate

Korang kena cuba yg ni, it's really helpful!

Sitegiant E-commerce