Cili Giling HIZS: Manfaat Santan untuk Kecantikan

Manfaat Santan untuk Kecantikan

Harini, saya ada terbaca di salah sebuah blog yang lain. Ianya tentang manfaat Santan dari sudut kecantikan. Walaupun cara untuk mengamalkannya agak konservatif (mengikut pandangan saya la..hehe), tapi ianya amat membantu. Mudah dan anda pasti gembira dengan hasilnya, cubalah!



Kelapa tidak hanya digunakan untuk memasak.
Ianya juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan bahan untuk kecantikan. Ianya boleh digunakan sebagai bahan campuran minyak urut. Santan adalah cairan yang telah dihasilkan dari kelapa yang mempunyai banyak khasiat. Ianya telah boleh digunakan untuk tujuan kecantikan, antaranya untuk bahagian tubuh badan seperti;

1. Rambut
Santan merupakan kondisioner yang efektif untuk rambut kerana mengandungi minyak dan nutrisi lain yang boleh menguatkan akar rambut. Santan kelapa merangsang pertumbuhan rambut dan melambatkan pertumbuhan uban. Rambut akan menjadi lebih kuat sehingga tidak mudah pecah ketika menggunakan pengering rambut atau saatnya dikeritingkan. Kelembaban alami yang disediakan oleh santan juga dapat membantu membasmi kelemumur. Ramas santan kelapa ke kulit kepala, biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan syampu rambut. Sekiranya santan dicampur dengan minyak kelapa, santan boleh bertindak sebagai kondisioner yang membuat rambut menjadi lembut dan bersinar.

2. Scrub
Santan boleh digunakan bersama dengan produk lain untuk membuat scrub/mangir wajah atau tubuh. Scrub dari santan kelapa efektif membersihkan pori-pori dan membantu pengelupasan kulit mati, membuat kulit lembut dan sihat. Tambahkan santan lagi sehingga campuran mencapai konsistensi yang diinginkan. Sapukan pada kulit untuk mendapatkan kesan pengelupasan yang baik dan murah yang dapat digunakan di seluruh tubuh.

3. Krim
Santan kelapa boleh digunakan untuk menjadi krim yang dapat menambah kelembaban kulit dan membantu mencegah pengeringan dan meringankan gatal-gatal. Campur santan dengan serbuk cendana, dan sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 sampai 20 minit sebelum dibilas. Atau, santan boleh terus digosokkan ke kulit tanpa menambahkan bahan lain. Ianya boleh disapu kebahagian kulit tanpa perlu dibilas.

4. Air Mandi
Santan juga dapat ditambahkan ke dalam air mandi untuk melembabkan kulit ke seluruh tubuh. Tambahkan 1/2 cawan santan ke tub mandi untuk membuat kulit menjadi lembut dan kenyal. Tambahkan lagi 1/2 cawan air mawar untuk menambah aroma air mandian. Kulit yang kering mudah dijangkiti bakteria. Oleh itu, kesan penggunaan santan terhadap kulit dan bahagian anggota tubuh yang lain dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit supaya lebih cantik, lembut dan sihat.

Selamat mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment

Translate

Korang kena cuba yg ni, it's really helpful!

Sitegiant E-commerce