Empat hari lagi umat islam meraikan Aidiladha. Sementara jutaan umat Islam mengerjakan ibadah Haji di Mekah, umat islam seluruh dunia mengerjakan korban. Saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman saya di Majidee Baru, Johor Bahru. Itupun setelah urusan perniagaan kami selesai di Kg Kuantan, Klang Selangor. Kami hanya rehat sehari dari kesibukkan operasi perniagaan kami, iaitu pada Hari Raya Korban pertama, memandangkan permintaan terhadap produk kami dijangkakan memberansangkan sehari dan beberapa hari selepas Hari Raya Korban yg pertama. Perkara pertama yg bermain di fikiran saya ketika ini adalah erti pengorbanan..Pengorbanan? Apakah yg anda fikirkan? Sejujurnya saya memikirkan pengorbanan diri ini sejak dilahirkan kedunia atas kehendak pencipta, Allah swt. Rasanya diri ini amat kerdil sekali di sisiNya. Pengorbanan saya yg tak seberapa berbanding pemberianNya. Insaf kejap..
Berbalik kepada persiapan saya sebelum raya korban ni..Kami awal-awal lagi telah membuat tempahan kelapa supaya sumber kelapa kami mencukupi sebelum dan selepas raya. Mesin parut dan mesin santan juga berkeadaan baik dengan harapan tidak mengecewakan kami :) Kami telah menggoreng kerisik dengan lebih awal supaya stok kerisik kami menepati permintaan. Takdelah kami kelam kabut nanti. Cili Giling? walaupun permintaan Cili Giling Hizs tidak selebat Santan Segar HIZS, kami juga harus memastikan cili kami telah siap diproses seawalnya. Tidak dinafikan permintaan terhadap cili giling kami meningkat lebih dari 100% setiap tahun. Alhamdulillah, inilah rezeki namanya. Bukan itu sahaja, produk keluaran kami yg lain juga harus mantap persediaannya, agar kami dapat menjual produk kami sebaik mungkin dan memberikan perkhidmatan yg cemerlang untuk pelanggan kami. Doakan kami!
No comments:
Post a Comment