Alhamdulillah, HIZS telah maju setapak lagi. Kami sudah pun menaik taraf bungkusan kami dengan label Santan Segar HIZS pada Ogos 2012 yg lalu. Tak semudah yg disangka rupanya bila nak ada pagkaging sendiri. Banyak aspek yg telah saya ambil kira, antaranya adalah;
- Logo / Jenama yg sesuai dengan produk, termasuklah font (jenis tulisan), saiz logo, warna logo, bahasa logo (sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu). HIZS menggunakan warna biru yg dapat mencerminkan kesegaran produk kami. :)
- Bahasa Marketing (promosi) yg digunakan untuk menarik minat pembeli. Contohnya HIZS menggunakan 100% segar tanpa bahan pengawet (di sisi kiri bungkusan)
- Kami menggunakan huruf jawi pada tulisan "santan segar" dibawah tulisan rumi yg memberi maksud yg sama. Oleh disebabkan kami belum mempunyai sijil piawaian Halal dari Jakim, kami memberi sentuhan yang unik pada tulisan jawi tersebut.
- Saiz plastik yg kami gunakan berbeza-beza bergantung kepada saiz & berat isi kandungan santan segar kami. Kami mempunyai 3 saiz yg berlainan.
- Jenis bungkusan dan ianya bergantung kepada keperluan / kestabilan produk tersebut. Sebagai contoh, santan segar HIZS memerlukan plastik yg agak sesuai ketebalan plastiknya kerana produk ini sentiasa dipamerkan di tempat yg sejuk dan ber ais. Ditakuti permukaan ais yg agak tajam boleh menyebabkan bungkusan tadi bocor.
- Barcode pada packaging kami supaya dapat memudahkan peruncit di mesin cashier. Untuk lg mudah, kami sertakan saiz isi kandungan di dlm bentuk (ml) di bawah barcode, jadi mudahlah mereka merujuk pada saiz bungkusan tersebut. Contahnya: 200ml = barcode bernombor 111222XXX.
- Nyatakan alamat tempat proses, alamat sesawang/blog, no tel, apa-apa butiran lain yg dapat membantu pengguna, peruncit atau sesiapa sahaja yg berminat dengan produk kita.
No comments:
Post a Comment