Cili Giling HIZS: Kerisik Asli untuk Aidiladha

Kerisik Asli untuk Aidiladha

Dah lama tak update blog ni.Agak sibuk dengan aktiviti harian. Sejak raya puasa yang lalu, kami dah mula hasilkan kerisik dan mula mengedarkan kerisik berbentuk sample untuk pelanggan kami. Permintaan pun boleh tahan, amat menggalakkan.

Kelebihan kerisik kami ni, ianya memang dihasilkan dengan kaedah penggorengan. Peringkat permulaan ini, kami menggunakan kuali dan blender biasa. Tanpa penambahan minyak kelapa dan bahan-bahan lain untuk menghasilkan rasa yang original. Biasanya kalau sudah dikomersilkan, banyak pengusaha menggunakan mesin industri untuk penggorengan, memandangkan kami belum mempunyai modal besar, kami hanya guna kuali besar bersaiz 22 inchi dengan dapur gas besar untuk menyangai kelapa yang sudah diparut. Ada juga pengusaha lain yang menggunakan oven untuk menyangai kelapa, apapun itu adalah pilihan masing-masing. Setelah pekerja saya menyangai kelapa, saya mengambil alih tugas mengisar/blend kelapa yang dah disangai tadi, sehingga ianya halus,cair dah berbau wangi. Mmmm ...that's the best part of it. Saya ketika ini masih lagi duduk di apartment dan kerja-kerja mengisar juga di sana. Cuma kerja-kerja penggorengan di pusat pemprosesan santan kami. faham-faham jelah, bau kerisik naik satu blok..hahahaha. Setelah itu, kerja pembungkusan dan timbang dilakukan. Akhir sekali adalah menampal label kami.

Untuk memudahkan pelanggan kami, kami membungkus kerisik kami dengan timbangan pada berat 200g adalah bersamaan dengan sebijik kelapa. Pengguna akan lebih mudah untuk mengagak berapa banyak penggunaan kerisik yang akan digunakan semasa memasak. Contohnya sebijik kerisik kelapa boleh digunakan untuk  memasak 2 ekor ayam rendang.

Dipasaran ada bermacam-macam kaedah untuk penghasilan kerisik dan ianya dibungkus dengan pelbagai kaedah pembungkusan. Setakat ini HIZS menggunakan packaging yang agak sederhana. InsyAllah di masa akan datang kami akan sedia menerima perubahan semasa dan bercadang untuk mengkomersilkan packaging kami.

Inilah dia kerisik Asli HIZS
200g = Sebijik kelapa

Sila hubungi saya untuk info lanjut:
Sue
017-6337309


Translate

Korang kena cuba yg ni, it's really helpful!

Sitegiant E-commerce